Artikel

Pentadbiran Malaysia Dilihat Sukar Menampung Pakej Rangsangan Semasa – Fitch Solutions

Bagi memastikan kelangsungan aliran tunai negara, pendekatan pembiayaan pakej rangsangan perlu berlanjutan di masa hadapan. Namun situasi itu dilihat sukar untuk dipenuhi oleh pentadbiran negara.

Berdasarkan pengamatan Fitch Solutions, iaitu agensi penarafan antarabangsa, kerajaan Malaysia berkemungkinan tidak dapat memenuhi pelan rangsangan baharu.

Ini kerana, negara telah hadir dengan 8 pakej rangsangan terdiri daripada Prihatin, PrihatinPKS+, Penjana, KitaPrihatin, Permai, Pemerkasa, Pemerkasa+, dan Pemulih. Untuk 4 pakej tahun 2021 dianggarkan bernilai RM225 bilion bersama suntikan fiskal RM26.8 bilion, sementara 4 pakej tahun lalu bernilai RM305 bilion bersama suntikan fiskal RM55 bilion.

Melihat jumlah itu, ia secara tidak langsung memaparkan beban hutang awam dan kos pinjaman negara juga akan semakin tinggi. Situasi itu akan memberi kesan negatif kepada sentimen pelabur terhadap negara. Tambahan pula, sekatan yang dihadapi Malaysia ketika ini akan meningkatkan pemulihan tekanan ekonomi negara.

Di mana sektor ekonomi terpaksa berdepan penutupan sementara dan perkara itu akan menjejaskan aliran tunai perbelanjaan. Bagaimanapun, kadar inflasi negara dijangka kekal sederhana dan aliran perbelanjaan disasarkan dapat diatasi menerusi permintaan pembelian atas talian dan platform e-dagang.

Ia dijangka berkembang kepada 23.1% untuk tahun-ke-tahun.

Melalui kenyataan Fitch Solutions juga menjangkakan sekiranya terdapat pengenalan pakej rangsangan baharu – ia berkemungkinan peruntukan yang lebih kecil berbanding sebelum ini.