Umum ketahui, pada pembentangan Belanjawan 2021 terdahulu, inisiatif pengenalan JanaNiaga telah diperkenalkan kepada warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Platform yang diterajui EXIM Bank bersama institusi kewangan lain ini, akan berperanan membantu PKS bagi melancarkan aliran tunai dengan pengurusan tempoh pembayaran invois yang lebih fleksibel dan memudahkan perolehan pinjaman.
Kini – Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia (MOF) memaklumkan peruntukan JanaNiaga disasarkan cecah RM1.2 bilion. Selain itu, platform ini menetapkan purata tempoh pembayaran invois selama 90 hari, di mana ia akan menyumbang kepada RM4.8 bilion setahun – kecairan tunai PKS negara.
Bagi peringkat awal – platform ini akan dilaksana bersama PETRONAS dan Telekom Malaysia.
Menerusi sokongan entiti milik kerajaan itu, pembekal PKS akan dapat menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5% setahun, untuk margin pembiayaan sekitar 100%.
Manfaat ini dilihat jauh lebih berbanding pembiayaan pada kadar biasa.
Lanjutan permohonan pembiayaan, boleh dilakukan secara atas talian dan ia akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, JanaNiaga telah tersedia dengan peruntukan RM300 juta oleh EXIM Bank, bagi membantu dan mengerakkan peruntukan membantu PKS yang terkesan.