Artikel

Zurich Malaysia, TheNoor – Beri Akses Perlindungan Kemalangan Peribadi Percuma Selama 3 Bulan

Memahami situasi krisis kesihatan ketika ini, Zurich Malaysia – iaitu rakan insurans bersama aplikasi gaya hidup Islam, TheNoor kini memberikan akses perlindungan kemalangan peribadi secara percuma kepada 30,000 pengguna.

Akses tersebut diberi kepada pengguna awal TheNoor yang telah memiliki kad Touch ‘n Go edisi terhad, di mana sekitar 30,000 pengguna akan menerima pelindungan percuma ini selama 3 bulan.

Untuk makluman, tempoh 3 bulan itu akan dibahagikan kepada perlindungan bulan pertama – para pengguna akan dilindungi oleh Zurich General Takaful Malaysia, sementara 2 bulan seterusnya pengguna akan dilindungi oleh aplikasi TheNoor.

Berdasarakan perkongsiaan, pelan perlindungan ini merangkumi bahagian kematian akibat kemalangan, memiliki kecacatan kekal serta tanggungan pendapatan hospital. Tambahan, Zurich memperincikan pelan ini mematuhi prinsip syariah buat semua pengguna.