Pertimbangan memberi kit ujian kendiri COVID-19 secara percuma kepada kumpulan B40 kini sedang diteliti.
Usul tersebut menurut Timbalan Menteri MOSTI – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim akan di bawa ke perbincangan kabinet dalam masa terdekat.
Cadangan ini telah diterima daripada aktivis serta pelabagai pihak termasuklah Ikatan Komuniti Selamat. Namun begitu, segala perincian akan diteliti berdasarkan keupayaan kewangan negara dalam menampung perbelanjaan agihan kit tersebut.
Setakat ini, MOSTI melihat usul tersebut mampu membantu kapasiti sistem kesihatan negara lebih terkawal dan memudahkan lagi proses pengesanan dilaksanakan.