Arena kewangan teknologi, fintech negara kini dilihat semakin rancak dengan pelbagai penawaran ciri menarik untuk pengguna. Khususnya bagi kemudahan akses dan peningkatan taraf keselamatan kewangan mereka.
Kini, Kiplepay – entiti dibwah Green Packet tampil dengan 3 ciri baharu di bawah platform kewangan digitalnya, pengenalan ciri baharu ini telah memiliki kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Antaranya adalah pengenalan kemudahan e-KYC iaitu kenali pelanggan anda, kedua – mengeluarkan kad prabayar fizikal dan maya ia dapat dihubungkan pada aplikasi dompet digital, serta ketiga memperkenalkan khidmat baharu iaitu kiriman wang, pembukaan akaun dan pengendalian barang dagangan pada kapasiti besar.
Menerusi pengenalan ciri baharu ini – ia akan memudahkan pengguna memanfaatkan penawaran kewangan yang lebih baik. Bahkan, pengguna juga dapat melaksanakan transaksi had dompet digital lebih tinggi, sehingga RM10,000 pada aplikasi atau kad prabayar.