Melalui inisiatif #TechUntukSemua di bawah GrabDurian, Grab Malaysia kini membantu para peniaga, peladang durian meningkatkan permintaan jualan mereka secara atas talian.
Wujudnya sokongan ini, secara langsung memberi kemudahan kepada para peniaga kecil dan tradisional untuk memenuhi permintaan dan memperkasakan jualan mereka. Untuk makluman, insiatif GrabDurian adalah acara tahunan yang sering dilaksanakan Grab bersama para peniaga.
Grab melihat inisiatif ini mampu membantu peranan mereka dalam membawa para peniaga, khususnya pihak yang masih mengekalkan jualan tradisional memahami landskap ekonomi digital, iaitu berniaga secara atas talian.
Tidak hanya memperkasakan jualan buah durian. Namun pelbagai variasi produk durian turut ditawarkan di platform, merangkumi juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan seumpamanya. Bagi yang kurang menggemari durian, pengguna boleh mendapatkan keperluan seperti penghapus bau durian serta produk seperti sarung tangan, pembasuh dan pembilas mulut, penyegar udara dan pelbagai lagi.
Pengguna Grab juga kini berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50% atas produk daripada peniaga seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan beberapa jenama lain. Sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan GrabDurian.