Artikel

IPO Bukalapak Pada Nilai AS$1.5 Bilion – Tampil Antara Terbitan Terbesar Indonesia

Ekosistem e-dagang Asia Tenggara kini diperlihat semakin rancak, apabila entiti milik Indonesia, Bukalapak kini telah meraih AS$1.5 bilion daripada tawaran awam permulaannya (IPO) mengikut ketetapan unjuran yang dinaikkan.

Menurut laporan Reuters – peningkatan dipaparkan secara berterusan, apabila di awal tawaran jangkaan perolehan adalah AS$300 juta, dan kini nilai tersebut disasarkan pada paras AS$1.5 bilion disebabkan permintaan tinggi pelabur.

Melihat pada situasi ini – nilai tersebut akan meningkatkan daya persaingan antara pesaingnya seperti Shopee, Lazada dan Tokopedia.

Meskipun wakil Bukalapak enggan memberi sebarang maklum balas, penyenaraian tersebut dijadualkan berlaku pada pelaburan bursa Indonesia bulan hadapan, iaitu Ogos 2021.