Artikel

Pemintaan Tinggi, Tidak Menjamin Pengukuhan Pendapatan Pekerja Ekonomi Gig – Laporan

Terdapat pelbagai faktor menjadikan landskap ekonomi gig sebagai pilihan kepada rakyat negara. Rata-ratanya memilih platform ini sebagai sandaran dana tambahan, untuk kelangsungan kehidupan mereka, khususnya ketika pandemik COVID-19.

Berdasarkan tinjauan Centre for Financial Health ke atas 16,166 responden pada landskap Malaysia dan China. Terdapat 5 aspek penting yang mendorong kepada penyertaan individu selaku pekerja ekonomi gig.

Aspek sedemikian turut disokong berdasarkan pensampelan faktor utama penyertaan rakan penghantar di Malaysia dari analisis Grab dan Foodpanda.

Meskipun, aspek seperti perolehan pendapatan tambahan memaparkan 60% persetujuan, namun ini tidak menidakkan kesukaran yang dialami oleh para pekerja disebabkan ketidaktentuan sistem platform ekonomi gig dan aspek keselamatan yang rendah.

Terutama berhubung keperluan memenuhi wang kecemasan. Ini kerana sebahagian pekerja lebih mengutamakan keperluan wang harian berbanding simpanan kecemasan.

Selain itu, walaupun ada diantara responden memiliki akses bantuan kerajaan – namun segelintir pekerja tidak peroleh peluang yang sama disebabkan tahap pendidikan tinggi. Menjadikan golongan ini terpinggir dari sebarang bentuk dana bantuan.

Untuk mengatasi isu tersebut, berdasarkan perancangan masa hadapan – pekerja ekonomi gig lebih memilih untuk menambah tugasan mereka, bagi memperolehi aliran tunai yang lebih tinggi. Langkah itu diakui untuk meningkatkan pendapatan dan kadar simpanan mereka.