Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi 2021 dijangka kekal pada pertumbuhan 9% untuk data tahun-ke-tahun.
Sasaran bagi separuh tahun kedua ini akan disokong dengan pembukaan operasi secara berperingkat dan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berterusan, dilihat membantu momentum pertumbuhan.
Berdasarkan pemerhatian AmInvestment Bank, jangkaan itu turut didorong dengan pengukuhan prestasi Proton dan Perodua pada pasaran tempatan.
Untuk makluman pertumbuhan 9% itu merangkumi sasaran jualan 575,000 unit kenderaan, kekal tidak berubah.
Selain itu peralihan ke Fasa 2 PPN akan memberi kelebihan kepada industri automotif untuk merancakkan semula perolehan mereka. Di mana pembukaan operasi bagi segmen pemasangan, pembuatan dan bilik pameran akan dilakukan secara berperingkat. Antara Julai dan Ogos ini.