Artikel

Nilai Pelaburan Digital Disasarkan Cecah RM50 Bilion, Mampu Tingkatkan Ekosistem Negara – MDEC

Seiring dengan penerapan digitalisasi, MDEC – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia kini menyasarkan tumpuan pelaburan digital sehingga RM50 bilion di bawah Strategi P3elaburan Digital Future5 (DIF5).

Pelan dibawah kerangka RMK-12 ini bertujuan mempertingkatkan pelaburan serta pemerkasaan ekonomi digital negara.

Terdapat 5 fokus utama pasa strategik DIF5 ini, tidak hanya membelanjakan peruntukan tinggi bahkan berupaya meningkatkan kapasiti penawaran pekerjaan sekitar 50,000 peluang dapat diwujudkan. Langkah ini secara langsung membuka peluang kepada penempatan syarikat unicorn global di negara.

Selain itu, antara industri yang disasarkan perluasan adalah:

  • Ekonomi Digital Islam
  • Teknologi Kewangan
  • Teknologi Kesihatan
  • Teknologi  Agrikultur
  • Pendidikan

Tumpuan sedemikian turut dijangka memberi kesan positif fasa pertumbuhan KDNK Malaysia pada masa hadapan. Untuk makluman, inisatif ini adalah jangka masa panjang – ia akan dilaksanakan sehingga 2025.