Artikel

Touch ‘n Go, MR DIY – Umum Kerjasama Strategik Secara Peringkat, Sasar Perluasan Akses

Perubahan ekosistem ekonomi ketika ini memerlukan kerjasama yang baik dari setiap jenama dalam mengukuhkan kedudukan mereka selaku pilihan pengguna. Kini, bagi memenuhi permintaan pengguna dengan lebih mudah – Touch ‘n Go bersama MR DIY mengumumkan kolaborasi startegik mereka secara berpeingkat bagi penawaran secara atas talian mahupun di kedai fizikal.

Pengguna kini boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka di semua cawangan MR D.I.Y. serta menggunakan Touch ‘n Go eWallet  untuk membuat bayaran bagi pembelian di cawangan dan portal e-dagang MR DIY  www.mrdiy.com.my.

Tidak hanya itu penebusan baucar MR DIY juga dapat dilakukan di bawah ciri dompet digital TNG – The Goal Hunter, serta turut berpeluang nikmati pulangan tunai.

Lebih menarik, tidak lama lagi MR DIY akan tampil antara ikon utama pada aplikasi dompet digital TNG. Langkah itu akan membolehkan sekitar 16 juta pengguna TNG meneroka katalog MR DIY dengan lebih terperinci.

Penampilan itu akan dilancarkan kepada pengguna aplikasi mulai suku ketiga 2021.

Usahasama antara kedua-dua entiti ini turut akan dilanjutkan pada cawangan MR DOLLAR dan MR TOY dari semasa ke semasa. Adanya penawaran ini akan memudahkan akses pengguna pada perolehan keperluan barangan kediaman mereka dan menjadikan akses pembayaran lebih mudah bersama TNG.