Artikel

30% Pemain Industri Tekstil Terus Berdepan Risiko, Alami Kerugian RM163 Juta Sehari – FMFTA

Semua industri ekonomi kini berdepan dengan kesukaran dek penutupan sementara operasi disebabkan fasa awam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun, jika tindakan ini berterusan ia mampu membawa kepada kerugian yang lebih tinggi buat pertumbuhan ekonomi negara. Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) minggu lalu menyatakan – kerugian yang dialami pengendali dan peruncit ketika ini adalah pada kitaran RM163 juta.

Seharusnya penilaian pembukaan semula operasi industri tekstil dipertimbangkan.

Untuk makluman, sejak PKP dilaksanakan terdapat 15% premis berkaitan telah menamatkan operasi mereka. Sementara 30% lagi kini berdepan risiko penutupan terus.

Bagi mengatasi isu tersebut, FMFTA kini telah melanjutkan permohonan rayuan pembukaan operasi  kepada pihak autoriti untuk Fasa Kedua kelak.

Melihat situasi ini, ia tidak hanya membawa kesan kepada 500,000 pekerja industri. Malah dianggarkan kerugian perolehan akan mencatatkan RM82.2 juta sehari, serta penyusutan nilai eksport kepada RM21 bilion disebabkan pandemik.