Artikel

MeDKAD Kini Perkenal Salixium – Kit Ujian Kendiri COVID-19, Melalui Calitan Air Liur Dan Hidung

Beberapa hari lalu, MeDKAD telah memaklumkan pengenalan kit ujian kendiri Rapid Antigen COVID-19 menggunakan calitan air liur serta hidung iaitu SALIXIUM.

Untuk makluman, ini adalah produk buatan Malaysia pertama dan pemasarannya telah diluluskan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut MeDKAD penghasilan SALIXIUM telah menggunakan menggunakan teknologi imunokromatografi untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 di dalam spesimen swab air liur dan hidung. Ujian mudah ini mengambil masa dari 10 hingga 15 minit untuk keseluruhan proses dan hasil ujian dilihat daripada kawasan garis ujian yang mengesahkan kehadiran antigen.

Kehadiran atau ketidakhadiran antigen SARS-CoV-2 ditentukan dengan kemunculan garis merah jambu-ungu di kawasan tersebut. Sekiranya spesimen tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul dan ini menandakan bahawa ujian adalag negatif.

Berdasarkan penelitian ujian terhadap kit ini, ukuran sensitiviti adalah di paras 91.23% sementara ukuran spesifikasi adalah 100%. Ini telh telah melepasi penilaian hasil ujian makmal yng dikeluarkan  IMR РInstitute of Medical Research.

Agihan kit ini dimaklumkan akan mula tersedia di pasaran pada 19 Julai 2021 (esok). Akses perolehan tersebut akan mula diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Setakat ini, kit ujian tersebut telah disahkan bebas dari kandungan babi dan tidak mengandungi sebarang kesan DNA haiwan oleh Halvec Laboratories. Orang awam tidak perlu khuatir akan kualiti produknya berhubung isu tersebut.