Artikel

Lebih 145,000 Rakan Penghantar Grab, Foodpanda – Kini Dilindungi PERKESO

Di bawah program Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung, kini lebih 145,000 rakan penghantar meliputi pengangkutan motosikal, basikal serta penjalan kaki telah dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negara.

Tindakan pendaftaran SPS Lindung oleh dua platform penyedia ekonomi gig Grab dan Foodpanda itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan sosial pakar pekerja ekonomi gig terus terjamin.

Menerusi inisiatif kerjasama pendeia platform dan PERKESO pada pendaftaran ini, pekerja penghantaran akan menerima bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman sekitar RM232.80 bagi tempoh setahun di bawah Pelan 2, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Adanya kerjasama sedemikian, akan memberi galakan kepada penyedia plaform ekonomi gig untuk memperkasakan peningkatan kebajikan ke atas para pekerja mereka.

Setakat ini, sekitar 64,773 pencarum aktif yang terdiri daripada rakan penghantar telah berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS, PERKESO.