Setelah Singapura, Thailand, China dan Jepun – kini Malaysia akan melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi membuka peluang akses pasaran, pelaburan syarikat di Indonesia.
Menerusi pengesahan perjanjian pasaran – Malaysia mampu meneroka lebih banyak ruang pembangunan bagi sektor seperti automotif dan barangan pengguna.
Malah, pengurangan tarif yang akan dilaksanakan Indonesia juga bakal memberi kelebihan peningkatan pelaburan Malaysia di sana.
Bagi perincian, RCEP adalah suatu platform perdagangan bebas yang disertai 10 negara anggota ASEAN seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Myanmar, Laos, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
Perdagangan ini turut merangkumi 5 rakan perdagangan bebas FTA ASEAN seperti China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand. Anggaran keseluruhan KDNK 15 anggota ni dicatatkan sekitar RM104.16 trilion dan menyumbang 28.9% daripada KDNK dunia.
Berbalik kepada pengesahan perjanjian RCEP Malaysia, ia dijangkan akan dilaksanakan pada akhir tahun kelak atau selewatnya pada suku pertama 2022.