Kelulusan bagi penggunaan bencana ini telah dicapai berdasarkan penilaian Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada hari ini.
Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham itu melibatkan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), vaksin Sinopharm dan Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium untuk vaksin Johnson & Johnson (J&J).
Ini menandakan kedua-dua vaksin Sinopharm dan J&J kini disenaraikan pada portfolio Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Untuk makluman vaksin J&J sekadar menawarkan satu dos suntikan sahaja. Sementara Sinopharm 2 dos suntikan.