Artikel

Plaform E-Dagang Perkukuh Permintaan Sektor Kargo Malaysia Di Peringkat Serantau – MAHB

Peningkatan pasaran e-dagang negara dilihat semakin rancak pada pemintaan serantau, meskipun berdepan krisis pandemik. Ini dapat disaksikan menerusi pemilihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selaku pilihan lokaliti penerbangan kargo.

Untuk makluman jumlah operasi kargo bagi separuh pertama 2021 telah meningkat 22% kepada 468,400 metrik tan berbanding tahun 2020 tempoh yang sama.

Antara sektor kargo lapangan terbang yang memaparkan pertumbuhan rancak antara 70% sehingga 700% adalah di Tawau, Sibu, Limbang, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bagi data bulan-ke-bulan, Jun 2021 mencatatkan peningkatan 26% kepada 78,200 metrik tan jumlah muatan.

Tidak hanya itu, menurut Datuk Mohd Shukrie, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB – Malaysia Airports Holdings Bhd – antara syarikat penerbangan kargo yang memulakan operasi di KLIA adalah Kargo Xpress, GetJet Airlines dan kini Central Airlines China, menjadikan ia syarikat kargo ke-18 beroperasi di negara.

Menerusi penempatan ini ia mampu mendorong kepada penampilan Malaysia selaku hab kargo serantau dan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.