Artikel

Yuran Universiti Awam Kini Dikurangkan Sehingga 35% – KPT

Situasi pandemik COVID-19 telah mendorong hampir kesemua pelajar insitusi pendidikan, pengajian tinggi untuk beralih kepada konsep pembelajaran secara atas talian.

Memahami perubahan itu, dan penelitian kos berdasarkan ketidaktentuan ekonomi ketika ini – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengurangkan yuran Universiti Awam (UA) sehingga 35%.

Terdapat beberapa jenis yuran yang ditawarkan bagi membantu para pelajar terjejas – untuk kemasukan Semester Kedua sesi Akademik 2019/20.

Ia meliputi jenis Yuran dan purata pengurangan ini antara 10% sehingga 35%:

  • Yuran Perkhidmatan
  • Yuran Asrama
  • Yuran Konvokesyen
  • Yuran Aktiviti Kolej

Pengurangan ini melibatkan peruntukan sekitar RM75 juta, di mana menggunakan sumber RM55 juta adalah dana UA dan RM20 juta pula dana tambahan kerajaan.

Menerusi usaha ini 20 Universiti Awam perlu menanggung bebanan kos operasi berlandaskan peruntukan dalaman institusi.