Artikel

Kedai Buku Dan Alat Tulis Serta Kedai Komputer Dan Telekomunikasi – Kini Dibenarkan Beroperasi Mulai 16 Julai

Mengambilkira pendekatan pembelajaran PdPR dan keperluan individu bertugas dari rumah – Sidang MKN telah bersetuju membenarkan premis Kedai Buku dan Alat Tulis serta kedai Kompur dan Telekomunikasi dibuka mulai 16 Julai kelak sepanjang fasa PPN.

Penilaian ini dilakukan susulan permintaan dan memberi kemudahan kepada semua pihak dalam melaksanakan tugasan mereka secara atas talian.

Tidak hanya itu, sidang MKN turut bersetuju membenarkan perjalanan para pelajar dari kawasan PKPD bagi tujuan peperiksaan utama dibenarkan. Atas kebenaran pihak PDRM. Tindakan itu turut meliputi peperiksaan profesional.