Artikel

Pos Malaysia Tingkatkan Penyelesaian E-Dagang EFS – Selari Dengan Permintaan Semasa

Berikutan peningkatan permintaan yang semakin tinggi bagi platform atas talian – Pos Laju kini tampil dengan pengenalan EFS – Penyelesaian Keperluan e-Dagang kepada para pengguna aktif. Pengenalan platform ini akan memudahkan landskap e-dagang negara.

Ciri ini akan memberi akses kepada perniagaan untuk menguruskan produk serta bahagian pemesanan dengan lebih cekap. Di mana membantu menyimpan, memilih, mengemas, menghantar dan mengesan semua pesanan pelanggan.

Para pelanggan dapat menyemak status inventori iaitu senarai barangan yang terdapat di tempat tertentu, maklumat produk dan jumlah stok dalam masa nyata. Ini akan menjimatkan kos dan memberi kemudahan masa kepada pengguna.

Pos Malaysia mengatakan peningkatan sistem ini akan memberi manfaat kepada pelanggan sedia ada dan juga perniagaan e-dagang. Bagaimanapun, buat masa ini penyelesaian EFS hanya tersedia di Semenanjung Malasia terlebih dahulu, sementara perluasan perkhidmatan ke Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan kelak.

Memahami peningkatan perminataan barangan – Pos Malaysia kini telah meningkatkan ukuran gudang, antaranya di Shah Alam kini meliputi luas 24,200 kaki persegi.