Artikel

Syarikat Induk Uniqlo – Menurunkan Sasaran Keuntungan Susulan Krisis, Sekatan Semasa

Pelaksanaan darurat di Jepun dan peningkatan penularan pandemik – telah mendorong syarikat induk Uniqlo, Fast Retailing bertindak menurunkan ramalan keuntungan mereka.

Melalui pengendalian sekitar 800 cawangan Uniqlo ini, pihaknya menjangkakan keuntungan operasi tahun kewangan yang berakhir pada Ogos kelak akan mencapai peningkatan 64% kepada 245 bilion yen, berbanding sasaran awal sekitar 255 bilion yen.

Meskipun mengalami kemerosotan jualan pada cawangan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah namun kesan tersebut, masih dapat diatasi menerusi pasaran di Jepun dan China.

Akan tetapi Uniqlo ketika ini turut berdepan dengan krisis sekatan rantaian bekalan produk dan reputasi mereka. Apabila operasi di Myanmar terpaksa dihentikan berikutan isu rampasan kuasa dan operasi di China pula mendapat kritikan berhubung pelanggaran hak asasi manusia berkaitan buruh paksa.

Situasi tersebut nyata merumitkan lagi kedudukan entiti untuk meningkatkan ramalan pertumbuhan mereka ketika pandemik COVID-19.