Artikel

India Mengharamkan Mastercard Daripada Mengeluarkan Kad Kredit, Debit Dan Prabayar Baharu

India kini telah mengharamkan pihak Mastercard daripada mengeluarkan kad debit, kredit atau prabayar baharu untuk pengguna di negara berkenaan. Hal ini diambil oleh pihak berkuasa India kerana tidak mematuhi peraturan pengurusan dan storan data yang telah ditetapkan oleh oihak berkuasa.

Perubahan ini tidak akan memberi kesan kepada pengguna sedia ada kad berkenaan di India.

Pihak berkuasa disana mengatakan langkah ini diambil selepas memberikan tempoh masa dan peluang yang mencukupi, tetapi enttii berkenaan dilihat tidak mengikuti serta mematuhi peraturan storan data pembayaran yang telah ditetapkan.

Mengikut peraturan yang telah ditetapkan sejak 2018 lepas, ia memerlukan firma kewangan untuk menyimpan semua data transaksi dalam pelayan di negara berkenaan.

Pengharaman ini akan berkuat-kuasa di India bermula 22 Julai 2021 kelak.