Artikel

43% Rakyat Malaysia Kini Tidak Lagi Kunjungi Cawangan Bank, Lebih Selesa Guna Khidmat Digital – VISA

Penerapan norma baharu menuntut individu untuk mengelakkan dari sertai kawasan sesak dan mengehadkan interaksi mereka secara bersemuka. Kesan pandemik ini nyata membuka lembaran baharu kepada orang awam akan penggunaan kemudahan digital. 

Khususnya dalam segmen pembayarannirtunai (tanpa tunai) dan perkhidmatan bank digital.

Penerimaan ini dapat disaksikan menerusi tinjauan baharu Visa dibawah Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa – apabila sekitar 65% menyatakan minat terhadap perkhidmatan perbankan digital. Malah, 43% daripada rakyat negara kini didapati tidak lagi kunjungi mana-mana cawangan bank dan mengambil keputusan hanya menggunakan khidmat perbankan atas talian sahaja.

Berdasarkan perubahan tingkah laku itu – orang awam diperkatakan lebih tertarik akan perkhidmatan digital yang ditawarkan. Di mana, khidmat tersebut lebih cekap, mudah, senang diakses dan lebih selamat.

Malah keupayaan mengatur masa dan tempat bagi sebarang urusan perbankan juga dilihat tidak lagi menjadi masalah kepada orang awam.

Menurut Ng Kong Boon – Pengurus Negara Visa Malaysia, rakyat Malaysia bukan sahaja bersikap terbuka kepada bank-bank tradisional tetapi juga terhadap peserta baharu yang akan diberikan lesen perbankan digital.

Antara minat terhadap perkhidmatan perbankan digital adalah dari;

  • Jenama-jenama terkenal (71%)
  • Jenama perkhidmatan kewangan (65%)
  • Syarikat-syarikat startup (60%)

Malah responden turut menyatakan aspek dorongan penggunaan bank digital juga disebabkan;

  • Tawaran ganjaran yang lebih menarik (78%)
  • Kos yang lebih rendah (72%)
  • Pembayaran bil (78%)
  • Pemindahan dana kepada rakan dan keluarga (69%)
  • Pembayaran di kedai runcit (62%)
  • Deposit dan pengeluaran (61%)

Aspek sedemikian menjadikan pengguna lebih selesa bersama khidmat bank digital.

Pihak Visa percaya – melalui peningkatan kerjasama antara kerajaan, bank tradisional dan institusi yang memohon untuk lesen perbankan digital amat penting bagi meningkatkan tahap keterangkuman kewangan, bukan sahaja bagi golongan atasan, tetapi juga kumpula yang kurang mendapat perkhidmatan dan perhatian.