Artikel

DHL, Iskandar Investment – Tubuh Hab Analisis, Sasar Perluas Ekosistem Perniagaan Johor

Memahami perkembangan rangkaian perniagaan – entiti logistik global DHL, kini bekerjasama dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) menubuhkan hab analisis gunaan DHL (DAA) pertama di Johor, Malaysia.

Usahasam DHL bersama entiti milik Khazanah Nasional ini bertujuan memperkukuhkan kedudukan Medini sebagai pusat digital dan inovasi negeri Johor.

Peletakan pusat ini di Medini-Iskandar Puteri, akan menjadi titik pertemuan pengembangan perniagaan dan rangkaian negara – bagi pengurusan di luar Singapura. Penubuhan pusat ini juga melibatkan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku rakan kolaborasi.

Menerusi perkongsian kepakaran dan pembangunan sains data – penubuhan DAA akan mengembangkan lagi ekosistem perniagaan serta meningkatkan perkembangan bakat tempatan, perintis UTM untuk penyelesaian analisis data.

Berdasarkan perancangan, kerjasama ini berupaya meningkatkan peluang pekerjaan sehingga 5,000 tawaran.