Artikel

Perolehan 2 Dos Vaksin Mampu Merendahkan Kadar Jangkitan Sehingga 50% – DG Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham kini menjelaskan – peningkatan kes ketika ini adalah disebabkan ujian saringan bersasar secara meluas telah dilakukan.

Berdasarkan data KKM terkini – sebanyak 80% kes adalah pesakit dikategorikan dalam tahap 1 dan 2, sementara 15% kes lagi adalah di tahap 3 dan 4 dan dalam kitaran 5% kes pula adalah di tahap 5.

KKM memaklumkan tindakan ujian saringan akan terus dipertingkatkan untuk mengetahui lebih terperinci titik penularan kes positif.

Pada masa yang sama, KKM turut menegaskan perolehan 2 dos suntikan vaksin mampu mengurangkan kadar penularan sehingga 50%.

Untuk makluman, petugas kesihatan turut tidak terlepas dari terdedah kepada penularan pandemik. Kini seramai 2,779 petugas KKM yang telah menerima 2 dos vaksin telah dijangkiti wabak pandemik. Jumlah itu, dikategorikan pada tahap 1 dan 2, sementara beberapa individu dikategorikan pada tahap 3 dan 4.

Melihat pada pemantauan itu – KKM meneliti kadar gejala yang diterima mereka adalah rendah. Tindak balas ini baik untuk mengetahui kadar penularan dan kesan vaksin terdapat wabak.

Oleh itu, terdapat beberapa sasaran yang dinyatakan untuk mengurangkan keluk penularan ketika ini – adalah meningkatkan kadar vaksinasi kepada 450,000 suntikan sehari. Sekiranya tindakan itu dapat dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga 2 bulan – ini akan menghasilkan penurunan kes di setiap hospital negara.

Bagaimanapun penyelarasan itu, masih bergantung kepada pembekalan vaksinasi dan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) negara di setiap kawasan.