Pada sidang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini – memaklumkan, data kes baharu setakat 13 Julai (hari ini) menunjukkan 70% kes baharu adalah disumbangkan oleh 3 negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Berdasarkan data pecahan kes mengikut negeri:
- Selangor – 5,263 kes
- Kuala Lumpur – 1,521 kes
- Negeri Sembilan – 1,033 kes
Sementara negeri lain pula menyumbang kepada 30%.
Pada sidang yang sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menyatakan, setakat ini seramai 2,779 warga KKM yang menerima 2 dos suntikan vaksin telah dijangkiti wabak. Daripada jumlah tersebut – rata-rata berada di kategori 1, 2 dan beberapa individu di kategori 3.
DG Hisham menyeru orang awam untuk mendapatkan suntikan vaksinasi bagi meningkatkan perlindungan diri dari persekitaran ketika ini.
KKM pada masa yang sama turut memaklumkan, perbelanjaan KKM setakat ini adalah sekitar RM700 juta di bawah peruntukan darurat. Tindakan ini bagi tujuan memenuhi keperluan kesihatan negara. Melihat momentum itu, pihak KKM telah memohon peruntukan tambahan sejumlah RM1.2 bilion kepada pentadbiran pusat untuk menyokong KKM bagi lanjutan perbelanjaan untuk jangka masa panjang.