Artikel

Jepun Dijangka Mengeluarkan Pasport Vaksin, Mulai 26 Julai Kelak

Penerapan sijil vaksinasi atau pasport vaksin kini mula dipertimbangkan oleh beberapa negara – bagi persediaan melaksanakan perjalanan udara serta antarabangsa. Kini, bermula 26 Julai – Jepun dijangka akan mengeluarkan pasport vaksin secara percuma kepada rakyat negaranya.

Penggunaan sijil ini akan menjadi bukti dokumentasi kepada maklumat diri berhubung penerimaan suntikan vaksin.

Berdasarkan laporan JapanToday – penggunaan sijil tersebut juga turut akan dipertimbangkan pada kegiatan ekonomi domestik bagi kalangan perniagaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato – Jepun ingin pelaksanaan pasport vaksinasi ini diterima oleh lebih dari 10 negara, termasuk Itali, Perancis dan Yunani.

Selain Jepun – Kesatuan Eropah dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara juga memperkenalkan sijil vaksinasi untuk pelancong antarabangsa dari negara anggota mereka.