Bermula semalam, sekitar 1 juta perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS Mikro) akan menerima manfaat bantuan di bawah PEMERKASA+.
Ini merangkumi bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) sekitar RM500 juta yang akan diagihkan secara berperingkat. Setakat ini sejumlah RM1 bilion iaitu meliputi agihan RM1,000 bagi setiap PKS Mikro telah diagihkan sejak Jun lalu.
Kini tambahan bantuan bernilai RM500 pula akan disalurkan secara berperingkat, mulai semalam (12 Julai).
Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) menyatakan agihan tersebut akan terus disalurkan pada akaun bank yang telah didaftarkan pada sistem GKP. Oleh itu, warga PKS Mikro tidak perlu khuatir akan penerimaan dana tersebut.
Pada masa yang sama, inisiatif GKP 4.0 kelak akan menerima penerima baharu di bawah peruntukan PEMULIH. Di mana permohonan tersebut akan dibuka bermula 15 Julai sehingga 31 Julai, bulan ini.
Agihan dana bagi GKP 4.0 ini dimaklumkan akan mula diagih pada September hingga November kelak. Oleh itu, bagi mana-mana PKS Mikro yang terkesan dan memerlukan dana sokongan, boleh melakukan permohonan tersebut mulai 15 Julai ini.