Awal Mei lalu – Kerajaan Arab Saudi memaklumkan hanya suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca sahaja diiktiraf bagi bakal jemaah umrah dan haji kelak.
Kini, tidak lagi – berdasarkan perkongsian Datuk Dr Zulkifli Mohamad – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila senarai jenis vaksin itu telah diperluas kepada 6 jenis vaksin, iaitu:
- Pfizer-BioNTech
- Moderna
- AstraZeneca
- Jansses
- Sinopharm
- Sinovac
Berdasarkan senarai tersebut, ini bermakna warga Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac telah melepasi kelayakan menunaikan ibadah tersebut kelak.
Seperti yang umum ketahui sebelum ini – pemberitahuan pengiktirafan hanya 2 vaksin telah menimbulkan pelbagai persoalan dari orang awam. Kini melalui penelitian klinikal dan pengesahan berkuasa, isu tersebut tidak lagi wujud.