Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah bersetuju membenarkan peralihan negeri Sarawak ke fasa kedua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Penguatkuasaan itu akan dilaksanakan mulai 14 Julai ini.
Persetujuan peralihan ini telah diteliti apabila sesebuah negeri memenuhi nilai ambang kes harian, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang sederhana dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 10%.
Bagaimanapun, pada fasa kedua semua pihak masih perlu memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan pada laman portal rasmi MKN – antara perkara yang masih TIDAK DIBENARKAN kepada penduduk negeri Fasa Kedua adalah perjalanan rentas daerah, negeri. Kecuali melibatkan pergerakan guru serta pelajar yang perlu mengikuti kelas peperiksaan utama. Oleh itu, orang awam diminta memahami larangan sedemikian.
Sebarang makluman lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.