Artikel

Sektor Peruncitan Berdepan Risiko Tinggi – Kini Lebih 35,000 Premis Ditutup Sejak Pandemik

Lanjutan sekatan di bawah fasa pemulihan PPN kini telah meningkatkan risiko terhadap sektor peruncitan negara. Apabila sektor yang memiliki sekitar 340,000 premis ini terpaksa berdepan dengan risiko penutupan premis, sekiranya tambahan sekatan itu terus berlarutan.

Berdasarkan data Kumpulan Peruncit Malaysia (RGM) – sepanjang pandemik COVID-19 ini berlaku, lebih 35,000 kedai ditutup. Malah dianggarkan sehingga 80% daripada 51,000 kedai akan alami kerugian dan terpaksa menutup operasi mereka selamanya.

Ini akan membawa kepada kehilangan pekerjaan bagi sektor peruncitan dan meningkatkan kadar pengangguran negara.

Setakat ini, penutupan kedai dilihat lebih perlahan berbanding Mei 2020 dan Oktober 2020. Ini kerana permasalahan yang dihadapi peniaga adalah tidak diberi kebenaran oleh ejen hartanah untuk mengosongkan unit premis sewaan mereka.

Tindakan itu untuk memastikan premis tersebut kekal disewa dan ini memberi bebanan kepada para peruncit untuk menanggung kos tersebut.