Artikel

Sony Sasar Penggunaan Robotik – Mampu Kurangkan 70% Kos Operasi Kilang TV Di Malaysia, Menjelang 2023

Sony kini meramalkan sektor pembuatannya akan mengalami peralihan dari aspek tenaga kerja manusia kepada penggunaan robotik. Sasaran ini meliputi operasi utamanya di Malaysia.

Berdasarkan laporan Financial Times, Ketua Perniaagaan Sony – Kimio Maki peralihan itu turut akan mengfokuskan kepada pemasaran secara digital. Ini akan membawa kepada peruntukan kos yang lebih rendah untuk kumpulan.

Setakat ini berdasarkan jangkauan entiti – menjelang 2023 pelan peralihan itu mampu dijangka mengurangkan kos sehingga 70% bagi kilang televisyen di Malaysia.

Tidak hanya pengeluaran membabitkan televisyen namun pelan selanjutnya turut merangkumi kos operasi telefon pintar dan kamera. Bagaimanapun masih terdapat pertimbangan pengekalan tenaga kerja manusia untuk beberapa segmen.

Seterusnya langkah yang sama turut akan dilakukan pada sudut pemasaran, di mana data penjualan akan dianalisis menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengatur jumlah pembuatan menjadi lebih berkesan.

Tindakan digitalisasi ini, ia akan membantu meningkatkan pertumbuhan entiti – disamping memberi penjimatan berganda berhubung kos operasi kumpulan.

Malah Kimio Maki turut menyatakan tindakan pemerkasaan automasi kilang ini, akan membantu mengurangkan kecatatan pada pengeluaran produk. Ini dapat memberi jaminan pada kualiti pasaran kelak.