Artikel

Setakat 11 Julai, Selangor Rekod Hampir 5,000 Kes Baharu COVID-19 – KKM

Hari ini (11 Julai) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian masih di paras angka sembilan iaitu 9,105 kes positif baharu, merangkumi jumlah keseluruhan kes adalah 836,296 kes pandemik.

Berdasarkan angka itu – negeri Selangor tampil selaku penyumbang tertinggi dengan jumlah kes 4,682 – menghampiri 5,000 kes positif. Sementara itu negeri lain berada di paras bawah 2,000 kes:

  • Kuala Lumpur – 1,247 kes
  • Negeri Sembilan – 541 kes
  • Johor – 392 kes
  • Kedah – 382 kes
  • Pahang – 300 kes

Melihat situasi ini – peningkatan kes di Selangor diperjelaskan meliputi ujian saringan secara menyeluruh di kawasan PKPD dan saringan kontak rapat. Kerajaan negeri sebelum ini telah mengusulkan beberapa cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk hanya membenarkan sektor berkepentingan sahaja dibuka bagi kawasan PKPD. Pertimbangan sedemikian bagi membantu negeri Selangor melandaikan kembali keluk penularan dan memastikan langkah pergerakan orang awam dapat dihadkan.

Seperti yang kita ketahui, usul itu merangkumi tindakan MITI yang membenarkan beberapa ekonomi di buka pada kawasan PKPD mulai 8 Julai lalu. Selangor melihat langkah sekatan kepada sektor yang tidak berkepentingan wajar diteruskan berikutan situasi penularan yang semakin tinggi.