Artikel

Nurflix Kini Perluas Kandungan Penstriman – Bersama Rangkaian Indonesia, UK, Mesir, Qatar Dan Turki

Krisis COVID-19 nyata telah mengehadkan operasi industri hiburan tanah air untuk terus berkarya. Menyedari kesukaran itu, platform penstirman islamik tempatan – Nurflix kini sedang memperkasakan kerjasama mereka dengan rangkaian media islamik antarabangsa.

Menerusi usahasama ini akan memberi manfaat kepada perkongsian kandungan penerbitan. Setakat ini, pihak Nurflix memaklumkan kerjasama itu melibatkan United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Disasarkan sekitar 1,000 kandungan dapat diperlihat menjelang akhir tahun ini, 2021.

Kemasukan kandungan antarabangsa ini sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya meliputi skop terjemahan kandungan dan alih bahasa.

Selari dengan jalinan kandungan ini, mulai 10 Ogos Nurflix turut akan memperkenalkan aplikasi Nurflix Goldfish 2.0 bagi menggantikan aplikasi hybrid yang sedia ada – ketika pelancaran pada Oktober tahun lalu. Ketersediaan aplikasi ini dilaporkan akan memenuhi pelbagai peranti meliputi iOS, Android serta Smart TV.