Artikel

Peningkatan Kadar Tumpuan Telefon Pintar – Cetus Lonjakan Perbelanjaan Pengguna Pada Aplikasi

Kadar kebergantungan masyarakat dunia kini semakin tinggi pada penggunaan peranti telefon pintar. Sudah pasti, perubahan tingkah laku ini didorong oleh krisis pandemik COVID-19, yang memaksa semua pihak memilih pilihan pembelian secara atas talian.

Sejak tahun lalu, tinjauan eMarketer melihat lonjakan 14% tumpuan pada telefon pintar dicatatkan. Ini menjadikan perniagaan yang memiliki aplikasi, telah merekod peningkatan pada pertumbuhan entiti mereka. Antara aplikasi yang mendorong kepada peningkatan perbelanjaan di aplikasi – adalah aplikasi berbentuk audio, video dan sosial media.

Antara jenama yang memanfaatkan perubahan tingkah laku itu adalah seperti jenama Burger King dan Heinz – yang menggunakan sokongan aplikasi Waze untuk mencuri tumpuan pengguna ketika pemanduan dilakukan, dibeberapa kawasan tertentu. Lebih menarik – perkongsian data Burger King Kanada memaklumkan, menerusi sokongan itu pengguna aktif mereka berpeluang menerima kupon digital pada aplikasi Waze.

Sementara itu, jenama McDonalds pula menggunakan idea pemasaran melalui usahasama aplikasi, berjaya membuahkan hasil pada tawaran menu mereka. Antaranya adalah kerjasama dengan kumpulan K-POP BTS – menu edisi istimewa sebelum ini.

Menerusi kerjasama itu McDonald’s berjaya meraih 46% lonjakan minat jenama disebabkan pengaruh BTS bagi pengguna di Malaysia.