Penerapan mata wang digital China Yuan (e-CNY) kini telah memperlihatkan penyertaan 10 juta individu yang layak pada percubaan penggunaannya.
Makluman Fan Yifei, Timbalan Gabenor People Bank of China (PBOC) pada laporan China.com, bagi pihak yang berminat penggunaan digital yuan boleh berdaftar di bawah bank yang terlibat pada pengedaran mata wang tersebut.
Setakat ini – selain Shenzhen dan Beijing, beberapa bandar lain seperti Shanghai dan Chengdu telah turut sama melaksanakan percubaan penggunaan mata wang digital itu. Seterusnya agenda utama penerapan digital Yuan ini akan dilakukan ketika acara Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kelak.
Melihat pemerkasaan ini – ia mulai menjadi tumpuan negara-negara maju. Jepun sebelum ini pernah menyatakan penerapan mata wang digital berpotensi mengubah sistem ekonomi dunia – ia tidak hanya meningkatkan aliran nirtunai (tanpa tunai), bahkan menggantikan transaski wang tunai dan syiling.