Artikel

HappyFresh – Perluas Perkhidmatan Penghantaran, Tawar Caj Lebih Rendah Kepada Pengguna

Berikutan barangan harian dan keperluan runcit memiliki permintaan yang tinggi. HappyFresh, khidmat penghantaran runcit kini, merancang melaksanakan inisiatif mengembangkan tenaga khidmatnya.

Ia meliputi penawaran penggajian kepada ribuan penghantar barangan, pembeli peribadi serta akan meningkatkan kadar bayaran mulai bulan ini, Julai 2021.

Apa yang lebih menarik, pihaknya kini turut melaksanakan pelbagai program sumbangan bersama pasaraya kepada individu yang terkesan. Antaranya – bagi setiap pembelian, pelanggan boleh melakukan sumbangan RM2 ketika pembayaran dilakukan untuk membantu golongan yang terjejas.

Selain itu, untuk memastikan penjimatan yang lebih tinggi – HappyFresh turut mengurangkan caj penghantaran serendah RM4 kepada pengguna aktif mereka. Sementara ganjaran penghantaran percuma pula, masih tersedia kepada semua pengguna bagi setiap pembelian pada nilai tertentu.

Untuk makluman, setakat ini sekitar 373 cawangan fizikal pasaraya dan kedai runcit di bawah kolaborasi bersama HappyFresh. Ia merangkumi penghantaran di seluruh Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor Bharu serta Ipoh, Perak.