Artikel

Selangor, Kuala Lumpur Dan Johor – Catat Aduan Pekerja Tertinggi Berhubung Penindasan Majikan

Setakat 7 Julai – Kementerian Sumber Manusia kini telah menerima sekitar 5,177 aduan dari para pekerja melalui aplikasi Working for Workers (WFW). Ini merangkumi penindasan majikan yang diterima para pekerja sepanjang tempoh sekatan di negara, sejak awal Mei lalu.

Berdasarkan pengamatan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan laporan aduan tertinggi – dengan 1,809 aduan dan 1,210 aduan masing-masing.

Antara kategori yang menerima aduan tertinggi adalah tidak membenarkan para pekerja bertugas dari rumah (BDR) sebanyak 2,198 aduan, gaji tidak dibayar atau dibayar lambat (1,231 aduan) serta pemotongan upah yang tidak menepati perundangan.

Meskipun negara telah menempuhi lebih setahun pandemik COVID-19, namun masih terdapat segelintir majikan yang gagal mematuhi SOP dan meningkatkan kebajikan para pekerja.

Menurut Menteri KSM – Datuk Seri M. Saravanan setiap aduan telah dan sedang menerima tindakan lanjut pada perundangan dibawah penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Mana-mana majikan yang didapati bersalah akan berdepan dengan tindakan kompaun RM50,000. Langkah itu, untuk memberi pengajaran kepada setiap pengendali pengurusan untuk mematuhi aturan kebajikan para pekerja.

Sementara negeri lain yang turut tersenarai pada aduan WFW adalah:

  • Johor – 627 aduan
  • Pulau Pinang – 319 aduan
  • Perak – 211 aduan
  • Sabah – 175 aduan
  • Melaka – 163 aduan
  • Kedah – 159 aduan
  • Sarawak – 143 aduan
  • Pahang – 137 aduan
  • Negeri Sembilan – 113 aduan
  • Terengganu – 45 aduan
  • Kelantan – 39 aduan
  • Perlis – 13 aduan
  • Labuan – 8 aduan