Artikel

Pengenalan Ciri Double Shake KFC – Tingkatkan Transaksi Pembelian Sekitar 25%

Penglibatan pelbagai entiti pada penawaran makanan dan minuman segera (F&B) kini diperlihat semakin rancak, ini termasuklah kaedah pemasaran mereka. Mengambil peluang itu, KFC sempena Hari Ayam Goreng bermula 6 Julai lalu telah memperkenalkan ciri penambahan token pada aplikasi pemesanannya iaitu 2X Shake.

Melalui setiap pembelian bernilai RM20, para pengguna berpeluang menikmati ciri ini dan dapat menebus token drumstick.

Menerusi pengenalan ciri ini, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Chan May Ling memaklumkan interaksi antara entiti bersama pengguna telah memaparkan peningkatan 37% penyertaan untuk purata harian.

Tidak hanya itu, peningkatan aliran transaksi pembelian sekitar 25% juga turut diperlihatkan. Pengenalan ciri ini ternyata berjaya mencuri tumpuan para pengguna dan membantu pemasaran serta pertumbuhan KFC sepanjang tempoh pandemik.

Sudah pasti, kekurangan kehadiran pengguna di cawangan fizikal telah mengehadkan perolehan keuntungan. Namun tindakan itu, dapat diatasi dengan tumpuan pada digitalisasi. Bagi pengguna yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini dan nikmati pelbagai baucar tersedia.