Setelah beberapa entiti memperluaskan kerjasama mereka bersama SPAC – Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas untuk penyenaraian di papan pelaburan Amerika Syarikat (AS), kini langkah itu sedang dipertimbangkan oleh AirAsia Group.
Berdasarkan laporan Reuters, pertimbangan itu sedang dilaksanakan bersama bahagian audit, membabitkan AirAsia Digital atau AirAsia SuperApp dengan sasaran nilai terkumpul AS$300 juta.
Menerusi pertimbangan ini, ia berpotensi meningkatkan empayar digital kumpulan – menutupi kesan yang tinggi pada perkhidmatan udara.
Bagaimanapun, proses penelitian masih sedang dilakukan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Buat masa ini, dilaporkan terdapat 3 pengambilalihan lagi akan berlaku di bawah AirAsia dan pelan bersama BigPay akan diumumkan dalam masa terdekat.