Makluman pembukaan permohonan pengambilan khas Guru Secara One-Off kini dibuka pada hari (7 Julai). Hebahan itu telah dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) semalam – yang bertindak selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
Untuk makluman langkah pengambilan baharu ini memeperlihatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama pihak JPA dan SPP.
Lebih menarik, pembukaan permohonan ini tidak hanya terbuka kepada graduan pendidikan, namum turut terbuka kepada graduan bukan-pendidikan.
Bagaimanapun keutamaan pengambilan akan tertumpu kepada graduan pendidikan dan seterusya ia akan diperluaskan kepada graduan bukan-pendidikan berdasarkan kekosongan dan kriteria yang ditawarkan.
Sebarang maklumat lanjut para pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan.html) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my/ bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).
Semua pihak diingatkan laman sesawang rasmi SPP berpotensi mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan gangguan capaian, para pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.
