Pejabat Perdana Menteri kini memaklumkan lantikan Dato’ Sri Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Makluman lantikan itu kini telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Sementara itu, Dato’ Sri Hishamuddin pula kini dilantik selaku Menteri Kanan Luar Negeri – menerusi jawatan ini, DS Hishamuddin akan mengetuai Kluster Keselamatan negara, yang sebelum ini diketuai DS Ismail Sabri.
Bagaimanapun, DS Ismail Sabri masih lagi kekal memegang portfolio selaku Menteri Pertahanan Negara.