Bagi memastikan pertumbuhan negara kekal seimbang dengan kadar pengangguran ketika ini – penawaran peluang pekerjaan perlu dipergiatkan. Di bawah inisiatif MyFutureJobs – terdapat 231,667 keksosongan jawatan aktif masih tersedia di seluruh negara.
Antara negeri yang memaparkan kekosongan jawatan aktif tertinggi adalah:
- Selangor – 66,760 kekosongan
- Kuala Lumpur – 38,519 kekosongan
- Johor – 25,183 kekosongan
- Pulau Pinang – 20,964 kekosongan
- Sarawak – 16,868 kekosongan
Menerusi situasi ini – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menyatakan beberapa jaminan untuk penawaran tersebut dan telah merangka beberapa komponen bagi separuh kedua 2021, di bawah Perkhidmatan Pekerjaan Awam Perkeso.
Perkeso yakin bahawa pihaknya mampu menempatkan 180,000 pemohon pekerjaan di bawah inisiatif PEMULIH. Dan turut memberi jaminan untuk mengekalkan sekitar 2.5 juta pekerja dalam pekerjaan semasa mereka.
Setakat ini, lebih 1,168 program sesi temuduga secara atas talian telah dilaksanakan. Manakala 950 program lagi akan dilakukan sehingga Disember 2021.