Artikel

Prestasi Aliran E-Dagang Rekod RM254.6 Bilion – Catat Lonjakan 30.0% Pada Suku Pertama 2021

Platform e-dagang ketika ini, sememangnya menjadi antara saluran pilihan. Fungsinya mudah dan lebih terselamat dari pendedahan persekitaran, membuatkan ia antara platform yang terbaik untuk para pengguna berbelanja.

Maka, tidak hairanlah sekiranya penggunaan platform e-dagang kini semakin meningkat. Dengan aliran transaksinya melonjak 30.0% bagi suku pertama 2021.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam (6 Julai) – prestasi e-dagang negara memaparkan peningkatan ketara, bersama rekod pendapatan terkini adalah RM254.6 bilion.

Berdasarkan Ketua Perangkawan Malaysia – Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, kadar pertumbuhan platform ini telah mula diperlihat sejak 2019 lagi. Di mana, prestasi 2019 memaparkan kenaikan 22.8%, sementara prestasi pasaran tempatan mempat 21.7% dan antarabangsa pula 31.9%.

Lonjakan sedemikian turut disokong hasil peningkatan penggunaan ICT ketika pelaksanaan sekatan diperkenalkan. Penggunaan ICT merangkumi penggunaan internet peningktan 11.9% dan peranti teknologi 60.9%.