Artikel

Kekurangan Bekalan Sarung Tangan Pada Pasaran – Dijangka Berlarutan Sehingga Tahun 2023

Peningkatan penularan varian baharu COVID-19 dan permintaan tinggi pada pasaran global, nyata telah merencatkan rantaian pembekalan sarung tangan.

Situasi itu dilihat akan terus berlaku sehingga tahun 2023, di mana pembekalan dapat memenuhi permintaan pasaran.

Malah kadar penjagaan kebersihan yang semakin tinggi juga mendorong kepada peningkatan permintaan.

Meskipun purata harga jualan (ASP) disasarkan menurun dan kembali normal pada kadar AS$65 hingga AS$75 bagi setiap 1,000 keping sarung tangan pada separuh kedua 2021. Namun tindakan itu tidak menidakan kekurangan bekalan yang dihadapi pasaran.

Kenyataan Hong Leong Investment Bank (HLIB) ini, turut menyentuh isu jumlah jualan yang lebih rendah, sedang berlaku disebabkan pengecilan kapasiti pekerja di bawah Pelan Pemulihan negara (PPN), iaitu 60%.

Bagaimanapun, jumlah jualan tersebut dapat diatasi apabila fasa kedua dan fasa ketiga dibenarkan. Ia akan memperlihatkan penggunaan tenaga kerja pada paras 80%. Buat masa ini, HLIB masih mengekalkan saranan overweight ke atas sektor sarung tangan dan menjangkakan hasil dividen yang baik pada pasaran.