Artikel

UMW Toyota Rancang Labur RM270 Juta – Perluas Operasi, Pengeluaran Kenderaan Hibrid Elektrik Di Malaysia

Selari dengan pemacuan pengeluaran kenderaan elektrik ketika ini – UMW Toyota kini memaklumkan agenda mereka dalam meningkatkan persaingan tersebut, dengan perancangan pelaburan RM270 juta pengeluaran kenderaan hibrid elektrik (HEV) di Malaysia.

Peruntukan tersebut adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu yang bernilai RM2 bilion – pada pembangunan kilang di Bukit Raja, Klang.

Tindakan ini dilihat mampu menyokong sasaran negara untuk tampil selaku hab automotif serantau dan selaras dengan pengurangan pelepasan karbon yang disasarkan Toyota menjelang 2050 kelak.

Pendekatan Toyota adalah untuk memastikan ekosistem teknologi hijau dapat membantu pengguna negara mengekalkan kelestarian tanpa mengugat sebarang risiko kesihatan.

Untuk makluman, berdasarkan pasaran semasa Toyota telah memasarkan sekitar 17 juta unit kenderaan berlandaskan pengeluaran HEV, HEV plug-in, kenderaan bateri-elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel-cell hidrogen (FCEV) di peringkat global.

Melalui usaha ini, akan membantu pertumbuhan industri automotif negara menjadi lebih cekap, penjimatan kos dan pemasaran yang lebih luas dapat dicapai.