Artikel

Jalinan Alibaba Cloud, SDEC – Bantu Tingkatkan Landskap Ekonomi Digital Sarawak

Penglibatan pemain industri ke arah ekonomi digital kini semakin diperkasakan dengan pelbagai inisiatif, termasuklah sokongan daripada penyedia teknologi dan sokongan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri.

Kini, Malaysia memperlihatkan inisiatif baharu daripada jalinan syarikat milik kerajaan negeri SDEC – yang akan memanfaatkan kepakaran Alibaba Cloud dalam mempercepatkan pelaksanaan digitalisasi Sarawak.

Menerusi kerjasama antara SDEC dan Alibaba Cloud ini – ia akan meningkatkan kecekapan PKS tempatan pada bahagian penerapan internet, penyertaan e-dagang, industri peruncitan dan fintech. Malah usahasama ini turut membuka peluang kepada warga PKS mengoptimumkan kos pengurusan teknologi mereka.

Untuk makluman, Sarawak antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Setakat ini, prestasi KDNK Malaysia 2020 memperlihatkan Sarawak di paras 9.5%.

Wujudnya sokongan ini – ia mampu memberi lambaran baharu kepada landskap ekonomi Sarawak. Pendedahan ini akan membawa kepada pertambahan sentimen positif pada pertumbuhan ekonomi negeri tersebut.