Setelah 5 buah negeri merangkumi Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pahang diumumkan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 5 Julai. Kini, Pulau Pinang pula menyertai senarai tersebut.
Peralihan ke Fasa Kedua PPN Pulau Pinang akan berkuat kuasa mulai 7 Julai ini.
Persetujuan itu dicapai berasaskan penilaian risiko bersama MKN dan KKM, pada hari ini (5 Julai).
Untuk makluman peralihan ini dilakukan berasaskan nilai ambang kes harian, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang sederhana dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 10%.
Bagaimanapun, pada fasa kedua – perjalanan rentas daerah, negeri masih tidak dibenarkan. Kecuali melibatkan pergerakan guru serta pelajar yang perlu mengikuti kelas peperiksaan utama.
Berita dari semasa ke semasa akan menyusul.