Artikel

Mulai Ogos, Golongan Miskin Bandar Terima Akses Bantuan Barangan Dapur Melalui MyKad – MOF

Kerajaan sebelum ini – telah memaklumkan peranan PRIHATIN Kasih dalam memperuntukan sejumlah RM100 juta untuk dimanfaatkan kepada 300,000 isi rumah miskin bandar di Malaysa.

Menerusi peranan itu – ia akan membantu kos sara golongan miskin bandar dengan menerima akses bantuan kelengkapan barangan dapur melalui dana nirtunai (tanpa tunai). Hanya dengan menunjukkkan MyKad, pada premis pasaraya – kumpulan ini dapat memenuhi barangan keperluan dapur mereka.

Difahamkan pengagihan dana nirtunai melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 untuk tempoh 3 bulan, bagi keperluan makanan asas. Pemilihan isi rumah yang terlibat berpandukan kepada pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), e-Kasih dan data BPR.

Untuk makluman, bagi fasa pertama – agihan dana nirtunai ini telah dilaksanakan kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Julai. Sementara bagi fasa seterusnya akan diberi tumpuan kepada negeri di bawah:

Bagi Ogos 2021

  • Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu

Bagi September – Oktober 2021

  • Negeri Sembilan,  Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak

Melalui kerjasama pakej ini – ia melibatkan usahasama dengan 300 rantaian pasaraya dan kedai peruncitan di seluruh Malaysia iaitu Mydin, Giant, econsave, the Store, 99 Speedmart, Lotus Stores dan pelbagai lagi.