Artikel

Kesukaran Krisis, Tidak Halang Malaysia Tampil Selaku Destinasi Pelaburan – DS Azmin Ali

Meskipun, kedudukan ekonomi negara masih berdepan kesulitan ke arah pemulihan namun Malaysia masih menjadi pilihan sebagai antara destinasi pelaburan.

Kenyataan positif Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Azmin Ali itu dizahirnya melalui perolehan negara pada kemasukan pelaburan baharu, sejak kebelakangan ini.

Ini merangkumi kemasukan pelaburan bagi bulan Julai di Kedah, lebih RM50 bilion. Sementara Sabah bagi bulan Mac sekitar RM4.24 bilion dari SK Nexilis dan RM4 bilion dari Microsoft.

Menerusi momentum ini, Malaysia memiliki potensi yang tinggi pada pembangunan teras teknologi. Sekiranya langkah kemasukan ini berterusan ia akan membuka peluang yang lebih tinggi pada negara dalam memperluaskan pelaburan Malaysia dari negara luar.

Untuk makluman, sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaburan RM42.2 bilion dari Risen Energy, China untuk tempoh 15 tahun – berhubung pembangunan bersama pengeluar modul solar. Pada masa yang sama, peneraju PCB – pembuatan papar litar bercetak milik Austria turut bersetuju membawa masuk pelaburan RM8.5 bilion di Malaysia.

Melihat situasi ini, DS Azmin menyelar tanggapan tertentu, bahawa banyak pelabur meninggalkan negara. Ia berpendapat kenyataan itu tidak benar. Malaysia dilihat akan terus kekal selaku destinasi pelaburan meskipun berdepan dengan kesan pandemik dan sekatan ketika ini.